Friday, February 19, 2010

Percutian dah tamat...

Awan Putrajaya

Setelah bercuti panjang hampir 2 minggu dan langsung tak concentrate ngan kerja, hari ni ku kembali ke Putrajaya untuk bekerja. Biasalah bila dapat baby dan takda orang jaga, kitalah kena tolong-tolong bini. Siapa lagi nak tolong.

Setakat ni masih belum ada kes untuk semakan lagi dan dijangka tiada kes untuk disemak hari ni. Lagipon minggu depan 3 hari aku tak masuk opis lagi sebab kena gubal soalan pulak kat Inspen. Itu kira macam bercuti gak lah. Dahla... takda idea plak..... Mood nak menghuru harakan suasana opis belum datang lagi neh...

Saturday, February 13, 2010

Perkembangan Pewaris....

Alhamdulillah syukur kerana semuanya telah selamat dan pewaris bongsu ku pada malam ni adalah merupakan malam kedua tidur di rumah sendiri. Umurnya dah 3 hari, hari ni. Nama belum daftar dan belum ada ic lagi. Hari Isnin ni nak bawa dia pergi check-up untuk tengok tahap penyakit kuning sama ada stabil atau tidak.

Oleh kerana kat rumah ni dah ada baby yang menyusu, maka pada hari ni jugalah anak perempuanku berhenti dari menghisap botol... muahahaha. Dia malu dengan adiknya... Alhamdulillah....

Pewaris


Syaza & baby


Syaza & Baby 1


Syaza & baby 2


Syaza & baby 3

Thursday, February 11, 2010

Wajah Pewaris....

Berikut dimasukkan beberapa wajah pewaris takhta bongsu yang ku ambil petang tadi di sepital..... Sorry takda cerita ngarut kali ni..


Adam 9




Adam 7

Gambar selebihnya korang klik digambar dan cari sendiri kat mana aku simpan...

Kronologi Kelahiran Pewaris Takhta Bongsu.....

UMRA 10 Februari 2010 akan menjadi satu tarikh yang penting kerana setiap tahun lah pada tarikh ni aku akan kena beli kek dan hadiah sambut besday... hehehe.

Sebelum tu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kekawan dan sedara mara kat dalam pesbuk yang telah wish tahniah kat aku sempena kelahiran "Pewaris Takhta Bongsu". Ramai juga kawan dan sedara yang aku tak add sebagai kawan kat pesbuk kerana banyak sebab.... Sorry yek.

Pada 10/02/10 hari tu aku telah buat liputan secara langsung kelahiran untuk setiap 1/2 jam. Itupun ramai gak yang masih bertanya... apa update?. Hehehe... aku paham, ini semua sebab pesbuk dah tukar paparan lain yang menyebabkan ramai yang tak pandai nak tengok status terkini. Takpelah, semua tu dah berlalu.

Untuk tujuan rekod, berikut aku paparkan semula kronologi dan setiap update yang telah aku masukkan.

UMRA1

Laporan: Jam 8.45, On d' way to UMRA.

Laporan: Jam 9, dah sampai UMRA. Wife dah dibawa masuk guna wheelchair.... Belum pasti bila akan bersalin lagi.

Laporan: Jam 9.15, Nasib baik datang awal sikit. Berebut tempat la pulak... Ramai sangat orang nak bersalin hari ni.

Laporan: Jam 10, keadaan wife dah buka 2 cm errr... Bukan 2 kaki tau..!

Laporan: jam 10.30. Wife minta ampun guna sms sebab takut nangis kalau cara live. Air tetuban dah pecah... Dah buka 5 cm

Laporan: Jam 10.45. Wife dah masuk labor room. Kalau baby dah kuar, nurse akan panggil... Doakan supaya semuanya sempurna dan selamat..

Laporan: Jam 11.38. Masih belum ada berita. Wife kat dalam lagi dan aku sorang kat luar. Sedara mara tak nampak lagi.

Laporan: Jam 12.25. Belum ada perkembangan. Belum lahir lagi. Belum ada nurse yang panggil aku lagi.....

Laporan: Jam 12.40. Yeahh!! Aku dah boleh masuk temankan wife. Belum bersalin lagi. Wife masih sakit..

Laporan: Jam 1.45. Masih belum ada perkembangan lagi. Keadaan masih sama. Alamak pokok bunga aku kat farmville tak berharvest lagi..... Adoi.. Rugi2

LAPORAN TERKINI: Jam 2.40. Alhamdulillah, isteriku selamat bersalin.... Kejap lagi gambar baby akan dipaparkan....


Adam 10

Akhirnya keluarlah Pewaris Takhta Bongsu yang amat gagah perkasa dengan beratnya boleh dimasukkan ke kategori heavyweight... 4.3 kilo. Maka gegak gempitalah semua rakyat akan menyambut kelahirannya. Tidak ketinggalan juga doktor yang membidankan menarik nafas lega kerana sesungguhnya dia mengaku ngan aku yang dia panik masa menyambut kelahiran pewaris ni. Apa-apapon semuanya telah selamat walaupun terdapat beberapa masalah kecil. Di saat aku menulis blog ini, anak ku masih lagi di hospital ditemani bidadari bertopi yang amat kagum dengan kegagahannya.... hehee.

Ok lah itu sahaja. Nak tahu nama? Aku takyah cakap, nanti korang tahu gak...

Tuesday, February 9, 2010

Agreement belum habis sign la...

Masa




Semalam petang aku bawak wife aku gi klinik untuk check doktor mengenai perkembangan baby. Maklumlah pagi tu dah ada tanda darah keluar. Tarikh due pon Ahad lepas. Doktor tu check, jantung baby ok, pergerakan pon ok. Doktor tanya wife aku nak induce ker? Bini aku cakap Tak Nak!!!


Hari ni doktor suh datang lagi kalau tak bersalin juga sebab dia nak induce.... Hallooooo doktor!!!! Kenapa nak paksa dia keluar kalau belum sampai masa? Kenapa nak kejar patient ker takut tak dapat bisnes? Baby sihat, ibu dia pon sihat kenapa nak induce plak? Karang kalau dah induce dan baby still tak nak keluar apa akan jadi? Dah tentu kena operate... Tak pasal-pasal kena pantang lebih dan risiko pon lebih gak.


Mungkin orang lain tak boleh tunggu dan tak sabar. Kiranya nak cepat2 bersalin dan boleh tumpu perhatian pada benda lain. Tapi aku, sorry, tunggu jer, kecualilah kalau keadaan memerlukan, baby dah lemah ker, air tetuban dah habis ker.... itu ok. Kalau perlu induce atau operate, aku tak kisah. Sekarang ni kalau korang tengok dah jadi trend mak bapak tentukan tarikh lahir. Kiranya kalau aku nak anak aku ada ic no. 1002101010xx maka paksa lahir esok 10 hb. Kekadang tu nak tarikh lahir sama untuk semua anak dia.


Orang lain aku tak peduli, tapi bagi aku, ketentuan hidup dan mati bukan kerja aku. Setiap roh sebelum dimasukkan ke dalam rahim ibu telah ada agreement dan sebelum dia keluar ke muka bumi a.k.a dilahirkan, dia kena sign agreement lagi. Aku hanya anggap, anak aku tu belum habis sign lagi..... alaa macam beli rumah la, setiap page kena sign, pastu banyak salinan plak tu...
Kepada rakan-rakanku yang sentiasa prihatin dan asik tanya aku bini dah beranak ke belum, sila pastikan anda ikuti lintas langsungnya nanti di pesbuk. Liputan akan dibuat dari mula nak bersalin sehinggalah baby tu keluar. So tunggu yek.

Can I F*** U.....?

Fuh!!!! tajuk yang penuh kontreversi! Sebenarnya aku tak nak ceritapon pasal tajuk tu atau yang berkaitan dengannya. Nanti dituduh menghina mahkamah pulak. Tak pasal-pasal aku kena masuk penjara.

Aku cuma nak cerita kes mahkamah yang perlu aku hadiri pada 12 Februari ni. Ianya merupakan perbicaraan kes mahkamah yang ketiga setakat ni. Bukan kes bunuh atau kes rogol lah... kes bantahan pengambilan tanah. Aku kan kerja ngan gomen, so kena pertahankan nilailah dan hadir sebagai saksi pakar walaupun sebenarnya tak berapa pakar pon.

Bicara

Sebelum ni, perbicaraan adalah pada 28 Januari untuk kes lain, masa tu aku sampai tak dapat nak hadir majlis sambutan birthday anak aku kat tadika dia. Untuk yang 12hb nih pulak aku tak pasti.... Untuk makluman, sehingga saat aku menulih untuk entry nih, wife aku belum bersalin lagi walaupun dah due ahad lepas. Macam mana nih? Apa akan berlaku kalau dia nak bersalin pada tarikh yang sama...... Aduhhhh!!!! Kalau setakat mesyuarat aku tak heran tapi ini bicara kat mahkamah....

Dulu, member aku pon mengalami masalah yang sama. Dia bagi tahu boss nak minta excuse untuk tak pergi. Yelah, semua dah ada, laporan dan written reply semua dah buat. Bos tu boleh kata "Siapa yang nak bersalin?... U atau your wife?" Aduh mak....!!!!! apa punya statement la! Macamlah dia takda bini yang pernah nak beranak.. Kalau dia tu pompuan takper gak, mungkinlah datang bulan agaknya. Tapi yang bercakap tu lelaki. Tolonglah, soal beranak/ bersalin ni soal hidup dan mati. Kalau dikatakan waktu bini kita bersalin, mengalami masalah dan Allah lebih sayangkan dia..... dan kita pulak masa tu sebok ngan hal dunia..... Apa akan berlaku? Sapa yang nak dipersalahkan? Tolonglah korang bayangkan senario kat atas ni.... Kerja-kerja juga tapi famili lebih utama.

Sekarang nih hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui dan aku hanya berdoa supaya dijauhkan segala kesulitan......

Blog Widget by LinkWithin