Thursday, November 17, 2011

Awek Kari......

Siang tadi aku gi pejabat Enrich.... Konon nak redeem tiket gi London tapi bila check, setakat gi balik KL -Kuching jer yang boleh... Huhuhu.. Mampu pakai viva tapi gi showroom Naza... Tengok ajer lah.

Mulanya ada ingat mok drive tapi apa ke jadahnya aku nak drive.. Pejabatnya kat KL Sentral jer. So decided guna komuter lagi baik. Aku pilih stesen Padang Jawa sebab kononnya senang nak parking tapi al rupanya penuh gak. Tapi orang bebaek cam aku biasanya akan dapat pertolongan.. (.... mengumpat itu perbuatan keji taw..!) alhamdulillah, dapat aku satu ruang untuk aku sumbatkan viva bini aku kat celah tu.

Sesampai jer aku kat mesin tiket tu dengan machionya, aku pon mengeluarkan dompet.. Err stesen mana plak aku nak tekan ni..? Aku nak pergi KL Sentral tapi apsal takda buttonnya tulis kat mesin tu..? Tapi macam aku cakaplah, yakin dan pasti akan dapat pertolongan. Ada lah sorang student UiTm ni bagi tahu kat aku suh pergi kaunter sebab lebih senang. Thanks Firdaus..

Setelah beli, maka teruslah tunggu tren sampai. Padang Jawa- KL Sentral cuma RM2.90 jer. Sangat menjimatkan buat orang2 yang sengkek cam aku ni... Dipendekkan cerita, sampailah juga aku kat KL Sentral dan menyelesaikan urusanku. Memandangkan petang tadi juga anak aku ada penyampaian hadiah makanya tidaklah aku membuang masa dan terus beli tiket balik. Perkara pertama yang akan aku pastikan adalah 'jangan sesekali tersalah naik koc wanita..!' . So aku pon pastikan dan tunggu. Tapi pelik gak, koc wanita dah disediakan tapi ramai gak lagi pompuan yang berebut nak masuk koc biasa.. Haa pasti diaorang tu nak menggatalkan..?! Huh.. ! Menyumbangkan kesesakan koc jer.

Masuk jer dalam koc dan setelah mengambil tempat duduk, aku perasan ada sebaris awek kari dok kat depan aku. Diaorang tu student kolej kot pasal dressing diaorang tu macam student cerita hindustan jer... Ermm.. Apa nak buat, kari pon kari lah. Layan jer.. Ada yang tido.. Ada yg macam nak tido, ada yang tengok sana sini dan ada yg dok layan tipon. Yang layan tipon tu kalau emergency boleh tahan gak... Hehehee..

Aku ingat nak berblog kat dalam tren tadi tapi sebab berbuai sangat makanya kepala aku pon naik pening bila nak menaip. So aku putuskan tuk up story mory ni malam ni untuk mengelakkan mengantuk dan tido sebelum waktunya.. "Ta bole wo..! Wa punya amoi manyak garang.. Nanti lia bebel, wa jali tesyen wo.."

So kat bawah ni aku upkanlah beberapa keping gambar yang berkaitan. Korang matchkan sendirilah ngan citer aku yer.. Aku nak chiow dulu, mo taruk pewangi kat dalam mesin basuh... Boboboi.....!

Friday, November 11, 2011

Baju Sendat Skirt Ketat...

Amboii....!! Kalau sendat ker, ketat ker, mesti excited nak tahu... Berjumpa lagi pada petang ni di AK 5221.... Seperti biasa akan ku up sedikit cerita untuk mengisi masa lapang ni. Kali ni aku bersama awek skirt merah lagi.. Nampaknya mereka masih belum mengenakan baju baru yang dah diikilankan.... Masih outfit yang sama...

Memandangkan sekarang ni dah nak hujung tahun, duit opis pon dah nak abis maka terpaksalah buat penjimatan sikit. Terpaksalah naik kapal awek skirt merah ni. Tak dapatlah aku nak bergurau senda dengan Awek berkebaya ketat... Tapi sebenarnya best lagi naik kapal AK ni sebab org gomen boleh naik dulu, seat pon warna merah tak campur ngan orang lain, makan pon tak sama cam orang lain...(walaupun tak sedap sangat..!!). Cumanya tak dapatlah aku nak kumpul point Enrich.. Kumpul point BIG jer. Flite kali ni aku amik petang sebab aku nak cepat sampai ke rumah. Selalunya aku amik lewat petang, so sampai rumah dah malam...

Petang ni idea tak banyak tapi aku rasa nak tulis gak. Mungkin sebab kepala aku yang pening ni kot.. Tak sempat makan tgh hari tadi.. Idea bila takda, ceritapon merapu tah apa2... Sekarang ni, belon baru sahaja membelah kepulan awan dan cuaca nampaknya baik sebab aku tengok awek skirt merah tu elok jer berjalan tak gedik-gedik inul cam Isnin lepas.

Petang ni aku nak kongsi sikit lagi tips sambil aku menjamu selera dari seat no. 12A, B dan C ni... (cun giler awek yg serve aku makanan ni... Muka ala2 heroin pilem Ali Setan gitu...)

  • Kalau korang amik Hotseat, pilihlah seat no 1, 12 atau 14. Kenapa? Sebab seat ni ada ruang kaki yang lebih luas. Dulu aku suka seat no.1 sebab boleh tengok aksi awek skirt merah ni di balik tabir. Tapi sekarang aku dah tak minat nak tengok diaorang.. Kira dah insaf la... Seat faveret aku sekarang ni 12A, 12F, 14A atau 14F. Seat ni dekat pintu kecemasan dan sangat sesuai untuk kaki aku yang panjang ni...

  • Masa nak boarding, pastikan korang naik cepat. Maknanya kalau beratur cuba elakkan jadi terlalu macho sangat. Orang dok sebok beratur dia lepak jer kat kerusi. Kalau korang takda bawak beg takpalah. Tapi kalau ada bawak beg, tu yang aku suh naik cepat. Nak tahu kenapa? Korang tentu akan kata, apa nak rebut2, seat dah ada nombor... Betulla tu, tapi tempat simpan barang bukan ada nombor. Korang tahula, memasing yang naik flite ni kekadang bukannya kira sangat berapa beg dia nak bawak. Nasib tangan ada 2, kalau lapan... Lu pikir lah.. Aku biasa tengok orang duduk kat tempat lain tapi terpaksa letak barang kat tempat lain.. Jauh plak tu.

  • Bila nak boarding tolong tengok betul2 tiket tu, berapa nombor seat korang. Jangan nanti dah naik kat atas baru tercari2 tiket. Nyusahkan orang lain kat belakang. Check betul2, nombor seat tu! Kalau dapat seat huruf B, C, D atau E, bila dah duduk tu, janganlah beriya-iya sangat nak pakai tali pinggang kecuali seat huruf A atau F dah diduduki. Kalau tidak nanti dah beriya2 pasang kena bukak balik. Kalau tidak camana orang yang seat A dan F nak masuk... Kalau kat seat emergency takpalah, luas.

  • Masih pasal seat belt lagi, kalau korang dah naik, cer tengok kat atas, tanda pasang tali tu nyala atau tidak. Kalau tak nyala, takyah la korang sebok gak nak pasang. Itu maknanya diaorang tengah isi minyak. Yerlah, mana tahu kot-kot emergency senanglah nak cabut. Kalau dah beriya pakai tetiba jem plak... Haa mati hangus la korang. Lagipon, takmo la sampai nanti awek tu cakap kat korang suh buka tali tu, malu woo. Kalau suh buka lain takpa ler, ngeee...

  • Orang negro kata last but not least adalah pasal pengumuman.. Ini terpakai pada semua flite... Kalau yang umum tu pilot, maka yang akan buat take off atau landing tu first officer dia. Begitu lah juga sebaliknya. Nak tahu camana suara pilot..? Alaa sore cam aku la... Machio gitu.. (tapi ada gak kawan aku pilot tapi sore dia... Aduhh sangat nyaring dan menyakitkan hati jer.. Hahahhaha sorry capt sedi, jgn marah yer kalau ko baca posting aku ni).

Ok lah, makan sudah, pening pon dah hilang, pilot pon dah umumkan kapal ni nak turun. Jap lagi sampai LCCT aku up post ni... Adios amigo...!!! See u again next week on different flite..


Powered By IPhone on Airbus A320-200 AK 5221

Tuesday, November 8, 2011

Angin dan Besi.. Mana Lebih Kuat..?

Tamatlah sudah cuti sempena Aidil Adha ku bersama keluarga terchenta. Pada saat aku mula nak menulis ni aku masih lagi berada di atas udara bumi semenanjung. Belum lagi memasuki Laut China Selatan. Cuaca agak kurang baik pagi ni sebab aku tengok awek skirt merah tu asik berjalan sambil bergoyang inul jer. Aku pon nak menaip kat tipon kecik aku ni pon susah.

Oklah, jumaat lepas aku dah citer pasal tips naik MAS so kali ni aku nak citer pasal sapa yang lebih kuat. Sambil tu kalau aku tak pening akibat bergoyang inul ni, aku akan citer sikit tips pasal Air Asia....

Sebenarnya aku ni dah lama dok perati injin dan kepak kapal ni tiap kali aku fly... Tengok sambil berimaginasi syiok gak. Bila tengok macam robot Transformer plak. Puas aku pikir camana kapal ni boleh terbang.. Maklumlah, masa sekolah dulu malas nak belajar. Fizik pon dulu dapat 7 jer... Cukup2 makan jer. Minggu lepas aku berpeluang lepak ngan salah sorang kawan aku kat waterfront Kuching. Dia ni Pilot Maswing tapi sebelum tu dia adalah seorang sojar kat TUDM. Capt. Saidi Ali namanya. Memacam kitaorang bercerita. Kebetulan plak ada lagi sorang kawan dari semenanjung yang datang ke Kuching sebab ada kerja... Incik Ijad namanya.

Salah satu topik yang kitaorang bualkan adalah pasal kuasa angin a.k.a aerofoil ni. Ooowwwwwhhh... Baru lah aku tahu konsep aerofoil ni... Tapi aku nak cerita balik aku tak tahu. Takut salah plak. Apa yang aku paham, rekabentuk aerofoil ni lah yang membolehkan kapal ni terbang melayang. Rekabentuknya menyebabkan daya tolakan yang kuat dari sebelah bawah. Semasa nak mendarat, kapal kena perlahan dan semestinyalah menurun. Namun kalau kapal ni slow sangat, terhempas plak... arwah aku nanti... So, masa nak menurun dan memperlahankan kapal ni, menurut cerita kawan aku tu, kapal ni akan "freekan gear" (hehehe... Aku lupa la term dia). So pada ketika tu kita akan rasa injin sangat senyap seolah-olah macam naik glider jer. Pada masa nilah aerofoil ni berperanan besar. Oleh kerana kapal ni dibuat dari besi maka sudah semestinyalah berat so kapal akan menurun dengan kadar tertentu... Bila dah sampai masa nak landing, cuba tengok kat kepak, akan ada flip keluar dari kepak tu. pada ketika tu kapal bergerak perlahan dan bagi mempastikan kapal ni terapung maka perlu dipanjangkan flip ni bagi membolehkan daya apungan yang lebih kuat.. Biasanya ia akan diturunkan berperingkat. Tak boleh keluarkan semua sebab kalau kapal tengah laju sangat, benda tu boleh tercabut wo.. Flip yang kat atas tu pulak akan naik tiap kali nak slow... Alaaa kira cam brake la tu... (huh..! Ni lah jadinya bila orang yang tak berapa pandai nak bercerita... Aku pon dah tak paham apa aku citer dah ni) aghh..!!! Korang tengok jerlah kat gambar aerofoil kat bawah ni dan gambar kepak tu. Nanti paham la..

Ok lah, kapal ni pon dah nak menuruni dari paras ketinggian 37,000 kaki. Jap lagi nak sampai dah ni. Tips? Lain kali lah yer.. Flite kali ni tak menyeronokkan sebab asik bergoyang inul jer. Kapla aku pon dah naik pening ni. Rasa nak muntah pon ada dah ni.

Ermmm terpikir gak camana rasanya berak kat atas udara ni yek..? Tak pernah cuba plak.. Korang pernah? Cer citer.. Cer citer.. Heheheh
Babai.. Bubai.. Boboboi...!!!!

Powered By Iphone On Airbus A320-200 AK5204

Kat bawah ni awek skirt merah yang dirakamkan gambarnya oleh anak bujangku semasa trip mereka ke Kuching Februari lalu.
Mereka semua berCHOGM...

Friday, November 4, 2011

Kapal Terbang Dan Passenger Yang Horny...

Sewaktu aku mula nak tulis ni, kapal ni baru jer melepasi awan tebal dan masuk ke ruang udara Laut China Selatan. Makan malam belum sampai lagi makanya aku taknak buang masa tengok awek berkebaya yang asik mundar mandir nih.. Huiissshh!!! Halam wo.. Halam..!


Aku ni tak lah kerap sangat naik kapal terbang kalau dibandingkan ngan orang lain yang mungkin tiap minggu atau tiap hari. Cumanya aku menikmati dan menghargai tiap kali aku naik. Mungkin lepas ni dah takda dah saat2 manis camni. Oleh itu, kali ni aku ada ingat mau kongsi serba sedikit tips yang mungkin boleh dijadikan panduan.


Kali ni aku pilih penerbangan yang besar sikit. So, kalau dari kuching, penerbangan MAS yang guna kapal besar ni cuma ada sekali jer sehari. Flite yang aku naik ni la MH2529. Kenapa aku pilih flite ni.? Sebabnya sekarang ni kan musim hujan, cuaca sangat horny dengan kapal2 kecik ni... Asik goyang inul jer nanti. Kalau kapal besar ni goyang gak tapi kuranglah sikit hornynya... So, apa tipsnyer..? Aku bagi 2-3 jer dan yang lain simpan untuk posting masa depan.


  • Kalau naik Boeing 737-400 tolong jangan amik seat 8A atau 8F. Kalau amik gak nanti korang akan rasa duduk dalam kotak sebab takda tingkap. Tapi kalau korang ni jenis suka membuta maka seat ni sangat sesuai... Senang nak landing kapla.
.
  • Kalau korang naik Airbus A330-300 plak, jangan amik seat 15A atau 15K sebab benda yang sama cam kat atas nih. Amik seat 14A atau 14K kebawah. Tapi jangan bawah sangat nombornya. Kalau korang banyak duit takpala... Seat 14A atau K ni sebenarnya sangat sesuai untuk menikmati pemandangan di bawah. So kalau ada yang melambai maka boleh la kita lambai balik.

  • Masih A330-300, kalau korang rasa takut dengan ketinggian tapi masih gak nak rasa naik kapal terbang, makanya amiklah seat 19 atau 20 sebab row seat ni selari dengan kepak. Kalau 737-400, seat 15 dan 16. So kalau rasa boring boleh la keluar jap hisap rokok kat atas kepak.


  • Untuk 737-400 pula, bagi mereka yang dah kebulur sangat nak makan free, kalau tak dapat pilih seat depan sekali (ekonomi tau), korang amiklah seat no 16 sebab diaorang akan serve seat ni dulu. So yang nombor 15 boleh tunggu makanan yang serve dari depan. Kadang-kadang tu kita dah habis makan, seat kat depan baru nk mula makan, huhuhu...


  • Bagi mereka yang suka nak kutip kacang atau jus, pilihlah seat belakang sekali dan jangan lupa berbaik-baiklah dengan awek yang mundar-mandir tu. Bila dah nak sampai, cer mintak kacang pastu buat2 tersasul minta jus. Nasib korang baik makanya akan dapatlah sepastik besar kacang ngan sekotak besar jus.


Ok lah, co pilot dah umum flite ni dah nak turun. Aku nak menghayati sistem kat kepak ni. Semua citer aku kat atas ni adalah berkaitan dengan MAS jer. Minggu depan aku citer pasal sistem aerofoil nih... Untuk korang, kat bawah ni aku up gambar camana nak buat kapal terbang kertas.. Buat bebanyak pastu gi main ngan anak-anak.. Ok chiow...bobaiii...!

Powered By IPhone on Airbus 330 - MH 2529

Permata Yang Hilang....

Rasanya dah lama tak berblog dah ni... Bergoblog aku tak pernah. Pada saat ini aku berada di Gate 9, KIA menunggu belon yang nak berlepas kejap lagi. Tajuk kali ni sebenarnya ada kaitan dengan amoiku... Huhuhu..

Masa muda remaja dulu kalau cakap "Permata Yang Hilang" semua orang tahu. Ala macam cakap buku "mona gersang" la.. Buku apa tu? Kalau korang tak tahu, korang taip jer kat google atau flickr... Ada mamat yang dah scan seluruh buku siap dengan ilustrasinya sekali..

Hurrmmm... Bukan tu sebenarnya aku nak cerita... Sebenarnya aku nak cerita kejadian kehilangan batu permta berlian di cincin amoiku.... Dah la cincin tu cincin berbatu sesatunya amoiku ada, pastu cincin tunang plak.. Puas dia cari tapi tak gak berjumpa. Yela.., kalau cincin boleh gak cari tapi kalau batu permata tu yang cicir, kutu jumpa pon ingat kaca jer.. Kesian dia..., cari bagai nak rak pon tak jumpa gak. Udahla hari tu cincin2 emas dia kena kebas kat rumah, sekarang ni cincin diamond plak...

Takpalah laling, dah takda rezeki. Nanti abang cari sugar mummy kat sini.. Mana tahu nanti boleh la abg minta cincin besar2 gantikan cincin tu yer... Hehehe.. ( seb baik bukan cincin kawen, kalau tak kena plak aku berkawen sekali lagi... Muahahaha

Friday, October 28, 2011

Thank You kids....

WAWAN

SYAZA

ADAM

Blog Widget by LinkWithin