Monday, February 27, 2012

Kisah Magherita Di Awan Cumulonimbus...

Bertemu sekali lagi di dalam penerbanganku yang ke-11 tahun ni. Tengahari tadi yang keseploh... Hari ni sebenarnya adalah hari yang meletihkan tetapi sangat menyeronotkan. Kenapa? Bacalah entry sebelum ni..

Pada ketika ini aku berada di Gate P7 menunggu ketibaan kapal merah AK 5218 yang sepatutnya terbang jam 7.40 tetapi delay ke 8.40. Alhamdulillah ada hikmahnya sebab kalau tak delay tadi, terpaksa aku melepak plak kat epot ni sorang2.

Aku sebenarnya nak cerita sikit tentang pengalaman bersama Magherita selama 4 hari 3 malam yang turut disertai oleh amoi dan pewaris-pewaris takhtaku. Sebagaimana yang aku dah cerita sebelum ni, hari ni selesailah percutianku bersama famili ke Kuching. Tadi dah hantar sampai ke rumah dan kini aku nak balik semula ke Kuching. Esok dah nak kerja balik wei...

Sapa sebenarnya Magherita ni..!? Magherita ni sebenarnya nama hotel di Kuching. Nama penuh dia Grand Magherita Hotel. Sebelum bercuti, aku dah survey beberapa hotel yang selesa dan tawun lepas aku duk kat Riverside Majestic. So tawun ni kiranya nak beralih rasa. Try tanya Hilton, mahal plak tapi sebenarnya aku yang salah kira. Nak duk Merdeka Palace dok ngadap padang, takdak view.. Hotel lain takda yang menarik. So aku try lah si Magherita ni. Masa memula aku tipon, ada sorang awek yang jawab dan layanan sangat mesra alam. Aku pon mengenalkan diri dan tujuannya adalah nak minta diskaun rate gomen la.. Apa lagi. Selepas berbincang bilangan orang makanya aku telah di tawarkan pakej SEDC. Pakej kajaan la... Rate dia bagi RM190.00++. jumlah lebih kurang RM220.20 semalam. Twin superior, breakfast for 2 adult and 2 kids.

Dipendekkan cerita, jumaat lepas selepas solat jumaat makanya akupon bersama family pergi mendaftarkan diri. First impression bila masuk sangat baik. Hotelnya bersih dan yang paling penting layanan yang cukup mesra. Berdasarkan pemerhatianku, secara amnya kesemua staff memberikan layanan yang cukup baik. Tak percaya silalah cuba.... Dari security, bellboy, reception, pool boy, cleaner, parking attendant dan lain-lain semua memberikan layanan yang baik. Sangat berbaloi rasanya. Bilik yang ku dapat tak tinggi dan cuma di tingkat 2. View ngadap Sungai Sarawak facing east. Buka langsir terus nampak swimming pool kat bawah. Anak-anak aku apa lagi.. Terus tak tentu arah.

Selain layanan yang mesra, hotel ni juga memberikan talian broadband internet berkelajuan tinggi. Memang laju beb... Aku up gambar kat Flickr lebih kurang 82MB, sekejap jer siap. Kahgum aku.... Makanan di restoren semasa breakfast juga sangat baik dan ada bermacam pilihan. Masa first day breakfast aku gi makan awal sorang-sorang sebab kononnya nak amik bonda biologiku di epot. Layanan sangat baik. Bravo...!!!

So rasanya cukuplah nak cerita sebab aku nak tidoz. Sesampai jer kat Kuching nanti aku up. Kat bawah adalah beberapa keping gambar yang ku ambil guna pon. Selebihnya nanti aku tambah guna PC kay...

Ok, gudnite....


Misi CHOGM Berakhir Merentasi LCS...

Assalamualaikum,

Hari ni adalah merupakan hari terakhir berCHOGM bersama familyku di Kuching. Ini juga merupakan penerbanganku yang ke-10 tahun ni. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun cuaca asik ujan jer... Buat masa sekarang ni aku dan famili tengah menunggu ketibaan kapal merah yang akan mengangkut kami semua pulang.

Hari ni adalah hari yang sangat sebok sebab aku akan pergi balik Kuching-KL-Kuching. Pulang ke Shah Alam sebab nak hantar familyku pulang. Kesian pulak kalau nak biar diaorang balik sendiri.... Flite seterusnya nanti adalah jam 8.40 malam.

Sebagaimana yang telah ku khabarkan sebelum ini, percutian ini adalah percutian ke-2 ke Kuching Sarawak. Namun yang menariknya adalah percutian ini juga turut disertai oleh bonda biologi dan adik-adik pompuan ku yang sebelum ini agak berkontrebersi. Alhamdulillah, hubunganku dan bondaku telah pulih dan buat pertama kalinya aku dapat memeluk semula bondaku. Seingat aku last aku peluk adalah pada tahun 1994 kot... Itu pon di hospital masa adik lelaki ku meninggal. Alhamdulillah...

Di dalam flite ni seperti biasa di peringkat awal anak lelaki dan pompuan ku mesti nak bergaduh... Pasal handrest pon bergadoh.. Sabor je lah..! Setelah beberapa ketika dan bila makanan dah sampai baru senyap sikit. Aku jaga diaorang dan makananku ku tapaw.

Untuk pengetahuan korang, dulu aku pernah tanya sama ada korang pernah berak tak kat atas laut China Selatan.. Hahaha... Hari ni aku berpengalaman tapi bukan aku yang brrak tapi anak kecikku... Punyalah banyak dan lepas tu bilik air tu kecik plak... Terhuyung hayang aku nak ngantikannya. Melekat- lekat kat sinki, penutup wc dan tanganku... Adoii... Terpaksalah aku mengelap plak bilik air tu. Yelaa, takkan aku nak biarkan kotor. Kesian kat orang lain nanti.

Selepas mengganti diaper anak aku yang u'uk, anak sulungku pulak menagih janji. Mintak belikan key chain air asia plak. Tapi sebab dah habis makanya aku belikan fridge magnet sebagai ganti. Ok lah tu wat kenangan.

Kapal ni dah nak turun dan menjunam dengan lajunya dari ketinggian 30 ribu kaki ni. Meletop-letop tinga aku. Dijangka kapal ini akan mendarat jam 3.45 petang dan bapak mertua biniku akan menunggu. Maklumlah nak jimat belanja makanya terpaksa menevalkan muka mintak dia amik kat epot...

Ok lah... Berjumpa lagi sekejap lagi di dalam penerbangan seterusnya jam 8.40 malam nanti... Chiow!!




Thursday, February 23, 2012

Berkeluarga di atas awan Laut China Selatan...


Alhamdulillah, hari ni aku dan keluargaku semua terbang bersama AK5224 menuju ke Kuching. Ini merupakan penerbanganku yang ke 9 tahun ni. Penerbangan kali ni tak boleh nak bernakal-nakalan.. Maklumlah, amoiku ada dan sentiasa menjeling-jeling menengokku... Aduhhh tu la susahnya bila jadi suami hensem nih.. Huhuhu.... Melepas aku nak ngorat awek cun ni...

Ini merupakan penerbangan sekeluarga yang kedua menggunakan duit gomen... Total perbelanjaan tiket mereka semua adalah RM3,660.00 tak termasuk tiket aku RM915.00. Tiket aku sebenarnya tiket kursus dan berasingan. Alhamdulillah penerbangan pergi ni kami semua dapat conquer semua seat dari 1A sampailah 1F. Walaupun seat 1D sebenarnya milik orang lain tetapi kerana brader tu memahami makanya awal2 lagi dia dah pindah ke tempat lain. Bagi laluan kat kami lah tu nak bergerak... Thanks..

Ok lah, takda banyak masa sangat nak mengarang dan kapal ni pon sedang menurun. Lagi 35 minit nak sampai. Kat bawah ni sikit sebanyak gambar kami up guna aipon.. Yang selebihnya nanti aku up guna PC... Ok chiow.. Bye-bye...

Friday, February 17, 2012

Menggoda dan digoda di Laut China Selatan....

Assalamualaikum....

Setelah 7 hari bermesra dengan awekku di Kucen, hari ni aku nak balik Kay el dan ini adalah penerbanganku yang ke 8 tahun ni. Kali ni aku bersama awek seket merah ketat pula. Tiket kali ni aku beli sendiri. Patutnya guna waran gomen tapi aku dah transfer ke 27hb nanti sebab nak balik bersama-sama amoi dan anak-anak.....

Tiket kali ni sebab nak jimat makanya aku tak beli bagasi. Fuh.. Seb baik tak berat sangat. Kalau cam biasa tu pasti hari ni aku bertekak plak ngan awek kari yang jaga pintu masuk tu. Hari ni plak beriya-iya dok timbang bagai... Seat aku kali ni 30F... Huhuhu tak best langsung! Hari ni juga aku tak boleh nak masuk dulu dan tiada keistimewaan sebab bukan tiket waran gomen.... Huwaaaa..!!

Tiap kali aku nak balik mesti ada jer yang buat aku kelam kabut. Alhamdulillah, hari ni walaupun kelam kabut sikit tapi semuanya berjalan dengan teratur. Tadi masa kelam kabut tu, kawan aku yang dok pulau tu antar message.... Nak kirim kek katanya. Adoyai... Last minit baru nak bagi tahu. So untuk tidak mengecewakan kawan aku ni makanya aku gi lah beli juga kat kedai cawangan Dayang Salhah kat batu 7. Seb baik dia baru buka cawangan baru dan dekat dengan epot. Kalau pikir nak gi town alamatnya tertinggal kapal lah aku. Dapatler aku belikan 2 ketul... Karang tak dapat meleleh plak air liur anak
lam poyut dia.. Hehehe Esok dia nak ke shah alam katanya...

Pada ketika ini, aku berada di Gate 2 KIA, dan baru saja diumumkan yang flite aku delay... Aduhai... Seb baik lewat sikit jer lam 25 minit. Masa aku tulis ni ada amoi seksi dok sebelah aku persis gadis urut-urutan gitu. Tetiba jer dia bercakap ngan aku..... "err.. Could you please look after my bag? I want to go to toilet" Aku ingat dia cakap ngan sapa tadi, rupanya ngan aku... Aku angguk jer.. Hehehe, Ada chance ni aku nak ngayat dia lepas nih. Bukan apa... At least nanti ada la kawan kat Kucen ni kalau time boring-boring. Muahahahhaha.... (amoi ni dah balik dan dia cakap "thankss..." dan terus amik beg dia dan blah tah ke mana.. Aduh.. Melepas!

Bersama-sama dengan aku pada ketika ini ada 3 tiket penerbangan lain. 23hb ni nanti aku akan balik ke Kucen dan bawa family ku sekali. Ini adalah trip kedua dan yang pertama adalah February tahun lepas. Semua tiket ditanggung oleh rimau 2 ekoq, bulan dan bintang. Alhamdulillah, berkat kena pindah ni makanya dapatlah diaorang jalan-jalan nek kapalterbang free...

Ok lah, aku dah takda idea lagi ni. Lagipon kapai aku dah sampai. Kat bawah ni aku up 2 harga tiket yang berbeza. Satu aku punya dan beli sendiri dan satu lagi untuk 4 orang, gomen belikan... Chiow chin chiow....!!!

Friday, February 10, 2012

Sebu berCHOGM di Sibu...

Assalamualaikum, pada ketika dan saat ini, aku sedang berada di epot Sibu menanti ketibaan flite MH2261 ke Kuching. Ini adalah penerbangan ku yang ke 7 tahun ni.

Tujuan sebenar aku ke Sibu ni sebenarnya adalah kerana perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sibu. Bukan kes rogol, rompak ataupun bunuh tapi kea pengambilan tanah. Aku bertugas sebagai salah seorang pengapit hakim a.k.a assessor. Sepatutnya kes habis sampai jumaat tapi sebab dah abis awal dan aku dah naik sebu duduk kat Sibu ni makanya hari ni gak aku nak balik.
SIBU

Yela.. Duk lama-lama pon tak tahu dah nak buat apa. Kat Bandar Sibu ni bila malam jer semua kedai tutup. Kedai yang buka hanyalah rumah urut, karaoke dan pub. Kedai makan yang buka pon Mc D jer. Itu semua sekitar hotel yang aku duduk. Memandangkan aku ni takLarat nak jalan jejauh maka dok lepak jer kat dalam bilik otel yang ditanggung sepenuhnya oleh rimau dua ekor, bulan dan bintang. Tak banyak citer aku nak kongsi memandangkan aku hanya lepak kat bilik jer tengok movie dan iklan. Untuk itu aku kongsikan gambar jer yang aku amik sekitar bandar Sibu dari RH Hotel..

Ok lah, malas nak tulis lagi, kapal dah sampai dan tunggu masa nak masuk. Flite ni sekejap jer about 35 min. Oleh itu tak sempat nak buat apa-apa. Makan takda cuma ada minum jer. Ok lah.. Bababaiiiii...
SIBU TOWN

SIBU TOWN

Tuesday, February 7, 2012

MAS Golden Lounge Kuching....

Penerbangan ku kali ni adalah ke Sibu dan yang kali ke 6 tahun ni. Sepatutnya penerbanganku adalah jam 6.20 petang tadi tapi disebabkan tak cukup penumpang, maka aku telah ditransferkan ke flite lain... Dari MAS ke Maswing... Dijadualkan jam 8.25 malam ni baru aku terbang.

Pada masa ni aku berada di MAS Golden Lounge dan ianya adalah pertama kali tetapi bukanlah sama seperti pengalaman pertama kali di malam pertama.. Huhuhu.. Tahun lepas point enrich aku nak expired dan disebabkan tu makanya aku telah tebus dengan kupon masuk ke Golden Lounge ni. Bukan murah beb... 5000 mata dia kaut. Untuk mendapatkan 5000 mata adalah bersamaan lebih kurang 4 kali perjalanan pergi balik kuching-kl menggunakan MH Flex... i.e tiket paling mahal. So, hari ni memandangkan flite dari Kuching ke Sibu takda makanan maka aku gunakanlah hari ni.

Aku sebenarnya first time masuk kat sini.. Mula-mula tu cam malu2 tapi lepas 5 minit, habis jus epal ngan salmon freshnya aku bedal... Muahahahha. Pada waktu ni ada 2 nyonya dan sorang amoi duk kat dalam GL nih. Diaorang semua nampak cam orang2 kaya jer. Aku gak buat dek sempoi ngan jeans n snickers ku.. Aku tengok cam ada memacam kemudahan kat sini tapi tak gheti la pulak aku.. Maklumlah.. Orang kampung cam aku ni mana nak pandai explore.. Huhuhu baru jap ni aku guna mesin buat kopicino ni.. Adoyai.. Oklah, malas aku nak citer. Kat bawah beberapa keping gambar kat sini...

Blog Widget by LinkWithin