Wednesday, October 29, 2008
Tuesday, October 28, 2008
Old Kaabah...
Layout dan interior Ka'abah
Fuh... tak tahulah gambar ni amik tahun bila, tapi mesti 1800an
Sezaman macam gambar kat atas tu rasanya.
Monday, October 27, 2008
Batuk atau batok tapi bukannya Botox
"Melepaskan batuk di tangga"
Perumpamaan kat atas tu mesti semua orang pernah dengar dan pernah gunakan pon. Tapi hari ni, masa aku beraya kat rumah member aku, baru aku sedar bahawa sesungguhnya selama ni aku masih tak tahu banyak perkara asas. Adakah korang semua tahu atau paham makna ayat kat atas tu? Sesungguhnya, "batuk" dalam perumpamaan kat atas tu bukannya batuk(cough) tapi sebenarnya membawa maksud tempurung dalam bahasa jawa. Di zaman dahulu, orang melayu meletakkan tempayan kecil bersama tempurung yang dikenali sebagai batuk di tepi tangga. Gunanya adalah untuk membasuh kaki. Perbuatan mencampakkan batuk itulah yang membawa maksud malas atau sambil lewa tersebut.
Ooohhh baru aku tahu... ku sangkakan sebelum ni orang yang batuk kat tangga, patutlah macam tak logik jer. Apa ke beza batuk kat tangga, kat bilik air, bilik tidur kat padang dan sebagainya. Rupa2nya batuk adalah benda. Alahai....... patutlah SPM aku dapat 6 Bahasa Malaysia.
Labels: Batuk, Peribahasa, tangga
Happy Birthday.....
Labels: birthday, open house
Friday, October 24, 2008
Jamuan Hari Raya kat opis...
Awek ni salah seorang PA a.k.a awek angkat aku...hehehehe, yang ada kat opis aku. Dia ni bagus kat satu benda jer, RAJIN dan RINGAN TULANG. Gedik santai tu tak kurang juger...kih..kih..kih..
Labels: JPPH, open house, selamat hari raya
Bone China, Vintage, Pinggan Plastik......
"Bone" tu betullah tulang tapi "China" tu sebenarnya nama lain untuk porcelain. Masa dolu-dolu, org putih tak panggil porcelaine atau 'mengkuk'.... tapi depa dok panggil China. Aku cari lam internet dan terjumpalah sejarah asal usulnya..... cuba baca kat bawah ni sendiri sebab aku malas nak translate dan buat summary....
Spode worked for other potters and also co-owned factories with other potters until 1767 when he formed the Spode factory. This factory was wholly owned by him by 1776 and that factory remains in operation in the same spot today. It is the oldest porcelain factory to remain in business at the same site. Josiah passed his factory on to his son, Josiah Spode II (1754-1827). Josiah II apprenticed in his father’s factory and opened a London gallery to showcase his father’s porcelain.
Porcelain is an ancient ceramic material perfected by the Chinese. There are examples of porcelain that date back to the 7th century. Porcelain is commonly called china, as this is where the material originated. There are three types of porcelain, hard paste, soft paste and bone china. In 1800, Josiah Spode II created bone china by adding bone ash to the formula for porcelain. The result was the hardest, most durable porcelain available.
'Salah satu dari bahan yang diimport dari Jerman dan digunakan dalam Bone China'
So sekarang ni, korang tahu kan bahawasanya 'bone china' tu adalah sejenis mangkuk yang sangat durable dan dibuat dengan bahan campuran tulang. Kalau korang surf internet, ramai org dah memperkatakan isu penggunaan "Bone China" nih. Ada yang kata dibuat dari tulang babi, ada yang kata dibuat dari tulang lembu...kambing... ayam... itik... ikan dan dinosour. hehehe..
Ramai lah yang berbincang kat dalam forum.. tulis surat kat mufti, Jakim dan sebagainya. Tapi takder satu pon yang memberikan jawapan tegas. Semuanya sorong-tarik jer jawapannya...
Ok, kat bawah ni aku tunjukkan salah satu surat berkaitan...
Soalan :
Assalamualaikum,
Saya baru membeli set pinggan mangkuk 'fine bone china'. Tetapi baru saya ketahui dari khidmat pelanggannya bahawa serbuk tulang atau "bone ashes" digunakan untuk membuatkan pinggan nampak translucent.
Jikalau tulang tersebut dari babi, bolehkah saya menggunakannya?. Jikalau dari binatang lain seperti lembu, kambing yang tidak disembelih, bagaimana pula?. Harap dapat penjelasan yang sewajarnya. Terima kasih.
Jawapan :
Waalaikumsalam,
Menggunakan serbuk tulang babi untuk membuat pinggan adalah najis Mughallazah. Haram digunakan pinggan tersebut. Begitu juga tulang binatang lembu, kambing atau binatang halal yang tidak disembelih. Hukumnya najis sama seperti bangkai, kecuali bulu binatang halal yang diambil masa binatang itu masih hidup adalah suci dan boleh dimanfaatkan seperti membuat pakaian.
Kata Imam Nawawi dalam Al Minhaj :Bererti :
Dan bahagian yang terpisah daripada binatang yang masih hidup hukumnya adalah sama seperti bangkai kecuali bulu binatang halal dimakan. Maka hukumnya bersih.
Salam,
Saya ingin mendapatkan kepastian pihak JAKIM berkaitan pinggan mangkuk berjenama Fine Bone China yang banyak dijual di pusat-pusat membeli belah exclusive di Malaysia samada ianya halal digunakan oleh orang islam kerana ada yang mengatakan ia diperbuat dari serbuk tulang babi.Harap pihak JAKIM dapat memberikan feedback dengan segera berhubung kes ini.Terima kasih.
Wassalam,
Sememangnya alatan Bone China adalah diragui sumbernya. Pengguna tidak dimaklumkan sumber pembuatannya samada dari sumber yang halal atau tidak. JAKIM menasihati penggguna mengelakkan alatan sedemikian sekiranya timbul rasa syak.JAKIM mengambil kira keseluruhan aspek seperti bahan ramuan, kebersihan, pekerja, proses dan alatan yang digunakan sebelum memberi pengesahan halal.
Dari kedua2 surat kat atas tuh, semuanya tak tegas.....! Semuanya dengan syarat..... Apa-apa halpon, korang yang berpikiran waras nih kena pikirlah dan tanyalah ustaz2 yang pandai tentang masalah nih. Bagi aku, namapun dah dibuat dari tulang. Habih tu tulang apa yang paling banyak dan murah serta mudah diperolehi? Tulang ikan kot.....ker tulang dinosour?...pikir2 lah.
Seperti artikel aku sebelum ni, aku dah kata, mesti ramai dari kita terutama yang dah ada koleksi "bone china" nih dan tentu banyak sekali alasan yang akan diberikan...Wallahualam
Labels: Bone Ash, bone China, porcelain, Vintage
Berhati-hati bila di Cyber Cafe....
Labels: Black device, cyber cafe, PC
Thursday, October 23, 2008
Makhluk tuhan dan produknya...
Mula-mula nak cerita pasal produk macam beg, kasut, tali pinggang dan lain-lain lagi yang selalu org dah terkena. Kononnya murah, cantik dan berbaloi tuk dibeli, tapi bila balik rumah baru perasan benda tu dibuat dari kulit babi... Lepas tu mulalah korang buat macam-macam alasan. "tak logiklah pasal kulit mesti mahal....", "jurujual tu kata bukan kulit babi, awek tu pakai tudung lagi. Kalau kulit babi, dia lah tanggung dosa aku", "masa beli aku tak perasan, takkan nak buang plak, sayanglah kalau membazir", "takpa simpan dulu, nanti aku jual kat kekawan bukan Islam" dan macam2 lagi. Sebenarnya korang rasa rugi dan terkena dan disebabkan EGO yang sangat tinggi maka keluarlah macam2 alasan. Sebenarnya aku pon pernah terkena. Tapi kasut anak pompuan aku. Memang murah masa tu. Anak aku dah pakai 2-3 kali baru kita orang perasan. Tapi masa mula2 tu macam2 alasan ada dalam kepala. Simpan lagi tu kat dalam kereta. Tapi last sekali aku humbankan gak kasut tu kat dalam tong sampah kat mah flet aku. Nasiblah, kalau ada orang jumpa dan nak pakai, lantak koranglah...
.
.
.
.
.
.
.
Labels: babi, halal meat, pork, pure bristle
Baka atau Bala....
Gambar manusia kat atas tu bukannya makhluk yang dijadikan "baka" oleh penternak kat Melaka...hehehe. Jangan salah tgk plak, "baka", yang ada kat dalam kandang tuh..
Bank Negara Malaysia & Finance Charge...
Bila udah sakit jer, ... baru sebok nak jumpa doktor. Bila barang elektrik kita rosak jer,.. baru sebok nak belek manual. Itulah sikap manusia. Seghopa ler kes kad kredit teman haghi tuh..... Betoi la kata customer service CIMB tu. Peraturan baghu dari Bank Negara Malaysia....
Tuesday, October 21, 2008
Credit Card, Charge Card, Debit Card, AaLONG...
Labels: Along, CIMB, Credit Card, Maybank, Public Bank
Monday, October 20, 2008
Ini baru tadika jer....
Labels: dzuliman, little khalifah, tadika
Friday, October 17, 2008
New Proton Multi Purpose Vehicle...
Labels: MPV, Nissan Vanette, proton