Jamuan Hari Raya a.k.a. Mini Open House....
Pada hari ni, Ahad, kita orang buat jamuan sempena Aidilfitri. Bukan openhouse pon, cuma jemput kekawan opis, jiran 2-3 orang dan kekwan lama. Alhamdulillah, semua berjalan lancar bermula pukul 12 tgh hari hingga 10 malam. Aku sebenarnya bukan nak cerita betapa hebatnya majlis tu ataupun berapa ramai orang yang datang tetapi aku nak cerita betapa hebatnya bini aku.... (hehe.. sebelum ni tak terperasan lah plak).
Semua masakan adalah homemade. Letih betul aku tengok bini aku masak macam-macam. Kalau aku jadi dia, ermmmm masak maggi je la kot. Dia masak nasi impit, masak lodeh, kuah kacang, bihun goreng (2 x goreng), mee goreng (3 x goreng), muffin, lengkong buah, popia, cucur udang, goreng nugget ngan french fries, dan lain2 yang aku dah tak ingat.... Semuanya habis dimakan.
Lepas habis tetamu datang, nak mengemas plak. Aku masa tu dah pengsan dah, tapi bila bangun pagi, ak tengok semuanya dah berkemas...
Apa-apa pon aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat bini aku yang bersusah payah dan bertungkus-lumus memasak macam-macam pada hari tu.
TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..
TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..
TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..TQ,..
No comments:
Post a Comment