Thursday, October 16, 2008

Antara Dam, Gam dan Bukhara....


Nasi Beriyani Gam ngan Beriyani Bukhara sangat biasa kita dengar…. Tapi pernah tak korang dengar Nasi Beriyani Dam? Bagaimana asal usulnya? Asal sebenar kejadian, nasi beriyani yang sangat sedap ni dikenali sebagai Nasi Beriyani Dam. Nasi ni hanya sedap dimasak dengan kambing. Cara membuatnya, beras dimasak sehingga 80% dan daging kambing dimasak berasingan. Kemudian, beras yang dah dimasak sehingga 80% tadi akan di masukkan ke dalam periuk lain secara berselang seli dengan daging kambing tadi. Selepas itu, periuk akan ditutup dan ditekan ke bawah dengan menggunakan benda berat supaya wap panas tidak akan keluar dan bertindak untuk memasak bahagian atas beras tadi manakala api yang perlahan akan memasak beras di sebelah bawah. Maka jadiklah nasi yang dikenali sebagai Nasi Beriyani Dam.

Nasi Beriyani Gam pulak dipopularkan oleh orang Batu Bahat. Asal-usulnya dimasak sama macam NBD tapi kerana orang melayu ni kreatif sesangat-sangat maka dicipta sejenis gam bagi melekatkan tutup periuk tersebut. Fungsinya sama iaitu untuk mengelakkan wap panas dari keluar dan bertindak untuk memasak nasi tersebut. Maka terciptalah Nasi Beriyani Gam.

Nasi Beriyani Bukhara pulak sebenarnya dicipta oleh “mamak geng” (tak boleh sebut geng mamak, sebab nanti jiran polis dekat ngan mah aku ni tembak aku plak…..kih..kih..kih..). Nasi ni sebenarnya dan sepatutnya dimasak di dalam perut kambing. Tapi apa yang kita makan kat kedai mamak tu macam tak pon dimasak dalam perut kambing. Maka terciptalah Nasi Beriyani Bukhara. Apa-apa pon korang makan jerlah, pastu jangan lupa bayar.

Kepada sesiapa yang nak mencuba rasa Nasi Beriyani Dam, jangan lupa berkunjung ke Majlis Jamuan Makan Malam Surau Ar-Ryan, Sek. 7 Shah Alam pada 1 November 2008 ni.
Cerita kat atas ni sebenarnya telah diceritakan oleh Mr. Asyik Bai.... tukang masak tidak rasmi Surau kat mah aku..... Betul atau tidak, korang pikirlah sendiri....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin