Happy Birthday.....
Hari ni boleh dikatakan hari terakhir kalau kita nak buat open house sebab minggu depan dah masuk bulan lain... Kalau nak buat esok atau lusa boleh gak, tapi kalau buat kat opis la. Kalau buat kat umah, tak tahulah plak sapa yang nak datang. Hari ni juga, masyarakat Malaysia yang beragama Hindu menyambut hari perayaan mereka....Depavali.
Hari ni ada 3 jemputan open house yang cukup untuk menampung makan tgh hari dan makan malam kita orang.....jimat belanja. Pyan, nasi minyak ngan sate ko mengenyangkan. Azian, aku tak larat nak makan lagi. So aku makan triffle jer ngan sikit kuey tiow kerang sebagai desert.. tak lupa juga kek birthday anak ko... eermmm sehingga menjilat jari. Yeop, Lasagnia daging, Shephard Pie dan mee rebus kat umah ko akan mengenyangkan kita orang sampai sok pagi... TQ.....
Apa-apa pon yang paling penting sekali ialah kerana hari ni adalah berday aku.... hehehe. Pepagi lagi aku dapat kiss dari anak2 aku. Pas tu diaorang bagi kad berday, siap ada tulisan diaorang ngan gambar kek. Wife aku kali ni taknak buat kek tuk aku sebab dia kata aku tak makan pon. Hehehehe... memang pon, aku ni kurang sikit nk makan kek. Tapi kalau Chocolate Butter Cake, aku tak tolak, tapi yang lain ermmmm kurennggg sikit. Apa-apa pon, hari ni akan berakhir jap lagi. Esok aku akan gi kerja macam biasa balik...... Mungkin minggu depan akan kurang artikel sebab nak concentrate kat kerja yang tertunggak tak siap2.
No comments:
Post a Comment