Monday, October 13, 2008

My Wife's Chicken Chop Receipe.....


Chicken chop yang jual kat kedai tu sebenornya sangat mudah untuk dibuat dan taklah mahal sangat..(makanan oghang putih memang semuanya mudah, tak macam masakan melayu). Hari tu ada kawan aku mintak resipi........lamaaaaa dah duia mintak. Tapi aku tak sempatlah nak masuk dalam blog ni. So to Khire VO Wilayah,.....here u are.,


Bahan-bahan :

3-4 ketul isi ayam di buang tulang(peha/dada)
Sedikit serbuk roti
2 biji telur (dipukul hingga kembang)
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya:

Bersihkan ayam dan tuskan airnya. Celupkan ayam di dalam telur dan akhir sekali golekkan dengan serbuk roti.

Goreng menggunakan api sederhana agar ayam masak keseluruhan. Gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng supaya ayam tenggelam seluruhnya ke dalam minyak. Setelah kekuningan angkat dan tuskan.


Bahan Sos :

2 sudu besar brown sauce
Sedikit serbuk paprika(cili serbuk)
Sedikit serbuk lada hitam(ditumbuk kasar)
2 ulas bawang putih(cincang)
¼ biji bawang besar(cincang)
sudu minyak masak


Cara Membuatnya:

Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan brown sauce yang telah dibancuh bersama semangkuk air. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Sos harus dikacau selalu kerana ia akan berketul jika dibiarkan. Setelah mendidih masukkan serbuk paprika dan lada hitam. Sedia dihidangkan bersama-sama chicken chop tadi. Hiaskan bersama daun salad, tomato, timun dan French fries atau mengikut citarasa anda.

Resipi oleh : CT (bini aku ler...)
Selamat mencuba.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin