Dr. Cermin...
Mungkin ada di antara kita pernah mengalami masalah cermin retak, sumbing, terkopek, pecah dan sebagainya disebabkan oleh batu, skru atau apa-apa makhluk asing yang berterbangan sewaktu kita memandu. Terutamanya dikawasan yang banyak batu-batu kecik dan kita plak masa tu ada di belakang lori besar. Artikel ni lama dah nak dimasukkan tapi aku asik terlupa jer. Kebetulan hari tu, kawan aku dah terkena sebelum raya. Makanya aku masukkanlah artikel ni untuk dijadikan panduan sekiranya berlaku kat kereta korang.
Ada banyak kedai yang boleh repair benda ni tapi bagi penduduk Shah Alam, korang boleh pergi kat Taman Sri Muda. Kat situ ada kedai baiki cermin ni. Kat mana tempatnya? alaa... kat area Sri Kota tu...kat belakang2. Nama kedai ni Dr. Cermin. Tengok gambar tu, korang tahulah kat mana. Harga agak munasabah Ada 7 jenis pecah yang boleh dirawat. Harga mengikut jenis pecah dan saiznya.(tapi kalau pecah nya kecik jer, tapi kalau besar, baiklah tukar jer windscreen tu). Kat bawah ni beberapa gambar yang aku amik sewaktu kereta aku mendapat rawatan dulu
Gambar kedainya kat Taman Sri Muda...
Proses pengeringan....
Alamak, aku lupa plak nak amik gambar selepas dirawat.... hehehe, tapi hasilnya ok. sangat memuaskan.....
7 comments:
macam bagus la tempat tu..brapekah dier charge untuk cermin retak yang ko kene tu?
tak mahal... adalah dalam seratus lebih sikit..
kedai ni hanya kat shah alam ke?
pagi ni i pun kena dah...
kena fix cepat ni...tengah tengah windscreen >_<
kat mana2 pon ada.... check la kat website bro..
salam..bleh bgtau x kedai cermin ni lokasi dia sri muda kt mn..tq...
Kat rumah kedai Jalan 25/63... tapi ni dah lama.. kalau takda cuba cari dekat area tepi sungai
salam khalsyaza...
nak tye... brape ye charged untuk retak yg same camni... :)
Post a Comment