Sunday, June 28, 2009

Mesyuarat Kuih Dua Biji...

Mesyuarat adalah bermakna sekumpulan manusia berjumpa, berbincang, membuat strategi, mengenal pasti dan kadangkala bersembang-sembang. Setiap kali mesyuarat, biasanya akan disediakan minuman. Bagi mereka yang ikut prosedur biasa, mesyuarat biasanya akan dihidangkan dengan 2 biji kuih beserta air sama ada teh atau kopi. Namun begitu, bila aku menjadi urusetia untuk sesuatu mesyuarat, aku biasanya akan order nasi lemak kalau disebelah pagi. Biasanya tempahan, aku akan buat lebih supaya boleh cover makan tengah hari selepas abis mesyuarat...huhu.

Kehadiran kita di dalam mesyuarat terdiri dari 2 peringkat sama ada kita menjadi ahli mesyuarat ataupun kita hanya menjadi wakil sahaja. Adakalanya, mesyuarat yang diadakan memerlukan kita memainkan peranan (maknanya kena bagi idea) dan ada kalanya kita hanya dijemput dan bersuara bila dikehendaki.

Di atas adalah gambar yang ku rakam sewaktu menghadiri mesyuarat. Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan oleh anda semua sekiranya anda merasakan bahawa sesuatu mesyuarat itu akan menjadi bosan dan lama. Tips adalah seperti berikut:
  • Pastikan anda duduk di kerusi yang posisinya terdapat kuih atau nasi lemak dihadapannya.
  • Pastikan posisinya tidak terlalu hampir dengan pengerusi.
  • Pastikan kerusi yang anda duduk adalah hampir dengan sumber kuasa elektrik dan bukan laluan orang.
  • Pastikan ahli mesyuarat yang duduk disebelah anda tidak berpangkat jauh lebih besar dari anda.
  • Pastikan anda tidak duduk disebelah ahli wanita.
Lima tips di atas memulakan ayat dengan perkataan 'Pastikan' dan kenapa agaknya. Jawapan tips di atas adalah seperti di bawah.
  • Duduk di kerusi yang terdapat kuih akan pastikan anda mendapat bekalan kuih yang cukup kerana ada kadangkalanya, mereka yang hadir mesyuarat melebihi dari jumlah sepatutnya.
  • Duduk di posisi jauh dari pengerusi akan membuat anda lebih bebas membuat perkara lain sekiranya bosan.
  • Duduk berhampiran dengan sumber elektrik akan mempastikan notebook anda mempunyai bekalan elektrik yang mencukupi.
  • Duduk tidak disebelah Boss akan mempastikan anda bebas melayari internet di notebook anda.
  • Apabila dah bosan sangat, anda biasanya akan keluar sekejap untuk menghisap candu. Apabila kembali semula ke tempat duduk, makanya tidak akan adalah orang yang sebok nak tutup hidung sebab biasanya wanita tak hisap rokok dan dia tak tahan bau rokok.

Cuba anda teka, laman web apakah yang ku layari semasa mesyuarat ni... Terdapat banyak lagi tips sebenarnya tapi cukuplah tu. Buat baik berpada-pada buat jahat sekali saja dan jangan berkali-kali.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin