Kesetiaanku tidak akan kesampaian walaupun aku mengalirkan air mata darah sekalipun... Huwaaaa... Begitulah tajuk postingku kali ini. Tiada horny tiada keghairahan... (semua bil dah bayar lah...!)
Sewaktu aku mula menulis, aku tengah menunggu belon ku yang belum sampai akibat delay... AK 5218... Beginilah nasib orang yang bekerja di perantauan. Bak kata James Brooke, "...in the name of responsibility because of the moon, the star and the two tigers". Sambil nulis ni, ku jeling-jeling gak kiri kanan kot-kot ada awek munggil gersang yang nak ngorat aku. Kalau aku yang nak usya, sampai kiamat pon takda. Maklumlah, aku ni dilahirkan sejak azali pemalu..... Aku kawin ngan ibu anak sulung aku dulu pon sebab dia yang ngorat aku dulu.. Ngeeee... Ramai sungguh orang hari ni kat LCCT, ala-ala puduraya gituuu...
Minggu ni aku balik Malaya sebab pergi menghadiri kursus pengurusan tatatertib. Orang dolu-dolu kata menjaga sekandang lembu lebih susah dari menjaga anak dara sorang. Tapi aku tak jaga lembu, orang politik yang jaga lembu, hehehhee... aku cuma jaga anak-anak buah aku kat opis jer. Thanks to Pn Kartini sebab berusaha menjadikan juga kursus 3 hari ni walaupun tak cukup orang. Pn Kartini ni dulu classmate aku masa kat Ai Ti Em dulu. Sekarang dah jadi bos nombor 'loru' di Bahagian Latihan kat INSPEN. So ada unsur-unsur coutim la nih. Aghhh.. Aku bukan nak citer pasai dia... Aku nak citer pasal loyalty programme nih..
Tadi aku kat epot, sekarang ni aku ada di seat no. 14A belon Airbus A320-200 nih. Pilot baru jer mematikan lampu seat belt menandakan masuklah waktu nak berbelog semula... Masa aku mula pindah ke HQ tahun 2006 dulu, maka bermulalah aku diperlukan untuk terbang ke sana sini. Tapi taklah kerap sangat. Masa tu yang aku tahu naik MAS jer. Itupon tak lah selalu sangat. Aku masih ingat trip aku yang pertama dalam negeri adalah ke Kota Kinabalu. Kalau tak silap la... Kakakaa.. Atok dah tuo.. Memori dah kurang tengo.. Masa tu kekok lagi. Semua tak berapa reti. Puas kengkawan aku gelakkan aku. Setelah beberapa trip, barulah pandai sikit. Pada masa tu baru aku sedar sepatutnya aku dah mohon Enrich Card tapi Temenggong Tun Jugah kata ".... better late than never"
Setelah ku mohon maka bermulalah acara mengutip point... Tapi ya rabbi.. Punyalah susah sebab aku travel dalam negeri jer. Kalau setakat ke Johor, Langkawi, Kuantan dll, dalam setahun jangan mimpi lah nak kutip 25,000 point. Ada sorang bos aku tu siap perli lagi kat aku.. ".. Eehh..?! Masih kad biru lagi?!" huhuhu.. Sedey taw!. Tahu la dia punya Gold dan sekarang ni Platinium Uuuuu..! Aghhh... Lantak ler kome...
Bila aku ditukarkan ke Kuching maka barulah rasa nak bernyawa tapi sehingga hujung 2010 aku masih lagi belum berjaya tukar ke Silver ponnnn... So tahun 2011 ni aku cuba lagi tapi memandangkan dah hujung tahun ni, bos besar aku kata, pakai Air Asia jer.. Huhuhu.. Camana aku nak upgrade nih.. Khamis lepas aku check ada lebih kurang 12,000 point jer. Aku kutip semenjak Januari hari tu. Adohhhaii.. Nampaknya tak tukar lah lagi. Enrich ni pon pandai gak, kalau beli tiket murah, tak layak plak kutip point. Kutip telur ayam jer.. Tapi alhamdulillah, point aku yang sedia ada tu dah pon aku tukar ker kupon Golden Lounge dan baki boleh tukar ngan tiket pergi balik kuching-kl dan sekeping lagi kupon.
Memandangkan trendnya aku akan juga guna Air Asia makanya aku pon dah mohon kad BIG. Dia sama jer cam Enrich tapi yang ini under Air Asia. Jangan tanya aku apa kelebihannya sebab aku pon baru jer nak guna. Aku ni jenis merasa baru boleh cakap. Nak study-study ni sory ler...
Aku heran kenapa teksi takda program ni.. Tapi takpa Pakcik Zainal yang dah berpuluh kali hantar ke epot ni dah bagi aku sikit diskaun tiap kali aku panggil dia hantar ke epot. Ayat kena manissss... Muka musti senyum beb.! Baru dapat subsidi.
Oh.. By the way, malam semalam aku gi Giant tapi sebelum tu amoiku bila tengok aku sarung suar jer terus secara otomatik tanya kat aku... "nak gi mana..?" (macam pakguard Ai Ti Em jer persisnya) Aku hanya jawab ringkas, "...Giant". Pastu tanya lagi, ".. Nak beli apa?" aku diam ajer. Kalau aku jawab mesti lepas tu ada soalan susulan. Last sekali nanti dia mesti cakap.. "tanya pon tak boleh?!" huhuhu.. Sedey taw kalau orang cakap camtu... Untuk pengetahuan korang, aku ni bukan jenis yang suka nak merancang, buat meeting, nota rujukan, soal selidik, kajian dan sebagainya.. So.. bila aku rasa nak beli barang jer, aku akan terus gi ke kedai... Kat kedai nanti bila dah tengok barang baru pikir nak beli atau tidak.. Amoi aku tu lain la, menung sana, menung sini, tulis sana, tulis sini, check sana, check sini.. Pastu siaplah list dia. Bila dah sampai kedai, beli barang macam tak buat list. Dalam list beli, yang takda dalam list pon beli gak. Pasai tu la aku ni tak suka buat list.. Apa-apa pon semua yang aku beli semalam semuanya sangat diperlukan..
Makan malam dahpon kunikmati, mengarang pon dah panjang, amoi sebelah ni pon dah tension gaknya... Yelah, tengok aku makan memacam pastu siap bancuh kopi lagi.. Pilot pon dah umumkan sekejap lagi belon ni nak turun. So oklah yer.. Next trip 30hb ni dan kita berblog lagi nanti di ruang udara. Adios amigo.. Bobobaiiii...!