Friday, October 24, 2008

Bone China, Vintage, Pinggan Plastik......


Mesti ada diantara korang semua adalah peminat dan pengumpul pinggan mangkuk yang boleh dijadikan hiasan. Sekarang ni yang sangat popular adalah dari brand "Vintage". Pinggan mangkuk yang ala-ala english style tuh... Makcik aku jual siap boleh bayar 2-3 kali tuh, dah macam jual kain ngan barang kemas kat kampung2. Brand vintage ni ada banyak jenis dan dibuat oleh macam-macam negara. Agaknya yang paling murah dan kurang cantik adalah yang dibuat di Malaysia sebab dia tiru jer gambar bunga ros tuh. Antara yang mahal plak adalah dari US atau England.

Pinggan mangkuk ni semuanya menggunakan asas tanah liat tapi yang paling cantik adalah dikenali sebagai "Bone China". Jangan salah anggap plak, sebab ada tulis China jer mesti korang ingat dia made in China. Salah tu bro.... Kena baca sejarah dulu.

"Bone" tu betullah tulang tapi "China" tu sebenarnya nama lain untuk porcelain. Masa dolu-dolu, org putih tak panggil porcelaine atau 'mengkuk'.... tapi depa dok panggil China. Aku cari lam internet dan terjumpalah sejarah asal usulnya..... cuba baca kat bawah ni sendiri sebab aku malas nak translate dan buat summary....
The story of bone china starts with Josiah Spode. Spode was born in 1733 in Stoke-on-Trent, Staffordshire, England. The county of Staffordshire is world-renowned for its ceramics and porcelain. When he was 16 or 17, young Josiah apprenticed with Thomas Whieldon, one of the area’s finest potters.

Spode worked for other potters and also co-owned factories with other potters until 1767 when he formed the Spode factory. This factory was wholly owned by him by 1776 and that factory remains in operation in the same spot today. It is the oldest porcelain factory to remain in business at the same site. Josiah passed his factory on to his son, Josiah Spode II (1754-1827). Josiah II apprenticed in his father’s factory and opened a London gallery to showcase his father’s porcelain.

Porcelain is an ancient ceramic material perfected by the Chinese. There are examples of porcelain that date back to the 7th century. Porcelain is commonly called china, as this is where the material originated. There are three types of porcelain, hard paste, soft paste and bone china. In 1800, Josiah Spode II created bone china by adding bone ash to the formula for porcelain. The result was the hardest, most durable porcelain available.

Selebihnya baca kat sini... BONE CHINA


'Salah satu dari bahan yang diimport dari Jerman dan digunakan dalam Bone China'

So sekarang ni, korang tahu kan bahawasanya 'bone china' tu adalah sejenis mangkuk yang sangat durable dan dibuat dengan bahan campuran tulang. Kalau korang surf internet, ramai org dah memperkatakan isu penggunaan "Bone China" nih. Ada yang kata dibuat dari tulang babi, ada yang kata dibuat dari tulang lembu...kambing... ayam... itik... ikan dan dinosour. hehehe..

Ramai lah yang berbincang kat dalam forum.. tulis surat kat mufti, Jakim dan sebagainya. Tapi takder satu pon yang memberikan jawapan tegas. Semuanya sorong-tarik jer jawapannya...

Ok, kat bawah ni aku tunjukkan salah satu surat berkaitan...


Soalan :
Assalamualaikum,
Saya baru membeli set pinggan mangkuk 'fine bone china'. Tetapi baru saya ketahui dari khidmat pelanggannya bahawa serbuk tulang atau "bone ashes" digunakan untuk membuatkan pinggan nampak translucent.

Jikalau tulang tersebut dari babi, bolehkah saya menggunakannya?. Jikalau dari binatang lain seperti lembu, kambing yang tidak disembelih, bagaimana pula?. Harap dapat penjelasan yang sewajarnya. Terima kasih.

Jawapan :
Waalaikumsalam,
Menggunakan serbuk tulang babi untuk membuat pinggan adalah najis Mughallazah. Haram digunakan pinggan tersebut. Begitu juga tulang binatang lembu, kambing atau binatang halal yang tidak disembelih. Hukumnya najis sama seperti bangkai, kecuali bulu binatang halal yang diambil masa binatang itu masih hidup adalah suci dan boleh dimanfaatkan seperti membuat pakaian.

Kata Imam Nawawi dalam Al Minhaj :Bererti :
Dan bahagian yang terpisah daripada binatang yang masih hidup hukumnya adalah sama seperti bangkai kecuali bulu binatang halal dimakan. Maka hukumnya bersih.

Kat bawah ni plak surat kedua yang diaorang tulih ker Jakim Halalan Toyibba...


Salam,

Saya ingin mendapatkan kepastian pihak JAKIM berkaitan pinggan mangkuk berjenama Fine Bone China yang banyak dijual di pusat-pusat membeli belah exclusive di Malaysia samada ianya halal digunakan oleh orang islam kerana ada yang mengatakan ia diperbuat dari serbuk tulang babi.Harap pihak JAKIM dapat memberikan feedback dengan segera berhubung kes ini.Terima kasih.

Wassalam,

Sememangnya alatan Bone China adalah diragui sumbernya. Pengguna tidak dimaklumkan sumber pembuatannya samada dari sumber yang halal atau tidak. JAKIM menasihati penggguna mengelakkan alatan sedemikian sekiranya timbul rasa syak.JAKIM mengambil kira keseluruhan aspek seperti bahan ramuan, kebersihan, pekerja, proses dan alatan yang digunakan sebelum memberi pengesahan halal.

Dari kedua2 surat kat atas tuh, semuanya tak tegas.....! Semuanya dengan syarat..... Apa-apa halpon, korang yang berpikiran waras nih kena pikirlah dan tanyalah ustaz2 yang pandai tentang masalah nih. Bagi aku, namapun dah dibuat dari tulang. Habih tu tulang apa yang paling banyak dan murah serta mudah diperolehi? Tulang ikan kot.....ker tulang dinosour?...pikir2 lah.

Seperti artikel aku sebelum ni, aku dah kata, mesti ramai dari kita terutama yang dah ada koleksi "bone china" nih dan tentu banyak sekali alasan yang akan diberikan...Wallahualam

4 comments:

Nukilan ida said...

Thanks for the new knowledge.. slalunya mak mak datin ajer yg pakai or buat koleksi..
my home pakai pinggan yg beli kan giant yg berat tu.. apantah namanya..
mmg la Ustaz tu cakap berlapis..kalu dah rasa was2 tinggalkan ajer le..aka takyah lah buang duit beli bende2 tu..

Khalsyaza said...

Tapi bila gi rumah orang.. jangan lah sesekali plak sebok nak terbalikkan pinggan atau lapik cawan nak tgk brand.... kena jaga adab tetamu. Tak mau tuan rumah berkecil hati.

Anonymous said...

salam
nk bg comment sikit. setakat yg sy tahu bone china mmg tak boleh digunakan utk hidangkan makanan, sbb tulang dr binatang yg x disembelih. sama statusnya seperti bangkai, maka ianya najis. tak kiralah tulang babi ke tulang lembu ke, tp of course lah klu tulang babi then berat lah sikt, kene samak klu pegang dgn tangan basah. klu tulang lembu yg x disembelih at least kita basuh tgn dgn air biasa je sblm nk solat. tp klu nk beli bone china utk dibuat hiasan dlm rumah je (tak digunakan utk hidang makanan), sy rasa tak jadi masalah.

sekian. wallahua'lam

Anonymous said...

AJ ni aku rasa ilmu agama kau teramat dangkal. Sape ajar pegang najis iaitu babi dgn tgn kering tak perlu samak? Hanya anjing hidup yg terpakai hukum tu. Lagi satu simpan buat perhiasan dlm rumah takpe asal tak digunakan? Wadefakk! Haram hukumnya smpn bnda najis mughallazah dlm umah walau ia perhiasan. Baik g ngaji smula ngan ustaz la weh.

Blog Widget by LinkWithin