Nasib baiklah cucu...
Setiap kali balik kampung kebiasaannya mesti ada benda-benda pelik dan diluar jangka akan dilakukan terutama oleh bebudak bandar nih. Anak2 aku yang sepasang tu masa balik kampung sebelum ni rekod dia setakat baling anak2 ayam dan mandikan anak2 kucin sampai mati jer.
Ada satu ketika tu pulak, budak lam gambar tu pernah masukkan telor ayam yang tak berbasuh kat dalam cerek kopi opah dia. Opah dia ingat kopi tu banyak lagi dan tuangnya untuk diminum.... ermmmm telor tak berbasuh tu! Dalam kopi mana lah nak nampak... hehehe.
Balik kali ni lain pulak dibuatnya. Bila tengok atuknya bakar sampah, dia agaknya dah terasa gian. So, tanpa pengetahuan orang lain, dia dah bakar almari buruk yang ada kat bangsal atuk dia. Bayangkanlah almari tu dipenuhi kain dan buku lama. Tak payah ceritalah berapa besar api yang marak..... Aduhai... Sib baiklah cucu. Makanya tiadalah sesiapa yang marah. Semasa kejadian aku pon tak perasan sebab zzzzz.... Atuk ngan opah dialah yang jadi bomba masa tu.
hehehe... sori lah bapak!
3 comments:
bersenjata tuh?..bawak balik sini tak lastik tu?
mistilahhh... aku cakap kat dia kalau ada abg busu lalu depan rumah, kasi lastik sama dia...hahaha
kena pakai helmet sentiasa..jgn dia target burung sudah..ahaks.
Post a Comment