Adakah salah aku berCHOGM?....
Hari ni CHOGM dimulakan seawal 6.15 pagi.... Ermm sampai kat epot, tak bleh check-in plak guna mesin. Cis! aku pon dgn eksennya memanggil awek MAS yang jaga kat situ. Rupa-rupaya dah telambat.... heeee. Apa-apa pon selamat sampai.
Kat JB terus orang-orang IRDA amik aku dan kitaorang terus pergi lawat periksa rumah-rumah yang nak dibeli untuk dijadikan Pos Polis Komuniti. Malas nak cerita sangat... tgh hari gi lunch kat Royal Johor Golf Club. Tak lah best sangat tapi aku terkenang masa aku kecik2 dulu.... sekitar awal 80an yang mana bapak aku bawak kita orang lepak kat situ. Yelaa lepak sambil makan2 sebab menunggu diaorang dok men gop. Sungguh terkenang aku....
Petang, kita orang gi IRDA untuk proses rundingharga. Alah, macam nak beli ikan kat pasar la. Proses tawar menawar. Adoi nego conduct lam bahasa omputih plak... Udah ler aku kena main peranan utama untuk berunding, pastu bahasa omputih aku tak lah baguih sangat. Maklumlah masa sekolah malas nak belajar... heeee. Aghh aku belasah jer...
Apa-apa pon TQ pada IRDA sebab sponsor tiket 'belon' ngan bilik otel ni. Kalau tidak tido kat masjid lah aku. Maklumlah cuti2 sekolah ni otel mahal sangat dan banyak yang penuh. Asalnya aku ingat nak bawak famili so travel lebih awal, tapi bila aku bagi tau mummy anak kedua aku, dia kata "takyah la bang..." Wah terharu aku, sungguh baik hatinya untuk tidak menghabiskan duit aku... huhu
Oklah, itu sahaja laporan berlintas langsung dari The Puteri Pacific a.k.a Pan Pacific.... Agak-agaknya apa aku akan buat malam ni sorang-sorang kat JB ni? Ermmm......
No comments:
Post a Comment