Makan sotong boleh jadi lembik..?
Pada suatu hari semasa aku tengah makan malam ngan anak daraku, aku telah menyuruh dia makan sotong goreng yang dihidangkan. Dia kata 'tak nak!'. Haa?! selalunya bila aku makan nasi goreng yang ada sotong, dialah orang yang selalu merompak sotong aku tu sampaikan kekadang tu aku terpaksa sorokkan bawah nasi sikit sebab kalau tidak, tak merasalah aku. Kempunan pulak nanti... Silap hari bulan kena telan plak ngan batu belah batu bertangkup.... Aku tanya dia, kenapa?. Dia cakap, "taknak makan sebab nanti jadi lembik"... aww.. tak kuasa aku nyah..!
Cerita tu selingan jer... Sebenarnya aku tak tau nak buh tajuk apa. Seperti yang aku cakapkan dulu, selagi gambar tak abis, cerita PD takkan berakhir. Dah jadi cam blog Port Dickson plak. Takper.. promote negara sendiri apa salahnya.
Cerita tu selingan jer... Sebenarnya aku tak tau nak buh tajuk apa. Seperti yang aku cakapkan dulu, selagi gambar tak abis, cerita PD takkan berakhir. Dah jadi cam blog Port Dickson plak. Takper.. promote negara sendiri apa salahnya.
Masa gi PD hari tu, bebudak selain mandi dan main pasir, mereka juga menjalankan aktiviti memburu dan mendera ketam. Huh ketam kecik pon dibelasahnya.
Bebudak kat atas ni lah di antara mereka yang telah bertanggungjawab mendera ketam-ketam kat PD hari tu.
Kat bawah ni pulak adalah biras nelayan aku. Mana-mana pergi pon tak pernah tinggal kail ngan umpannya. Walaupun aku tak pernah nampak dia tangkap ikan besar tapi semangatnya memang kuat. Sorry bro, tak dapat join sebab aku tak berapa minat sangat nak memancing ni. Beli jer kat pasar lagi senang. heeeee....
Ko tengok gambar kat bawah ni, apa benda yang dapat ditangkapnya.... errr ikan ker apa tu?.... kompius aku neh..
Wo.. ikan ghopernya.... Apa nama ikan ni pon aku tak tahu. Yelaa.. aku tengok dia tak pakai name tag pon. Ini boleh diumpamakan mat rempit yang beracing dan lepas tu tergolek kat jalan. Org tanya, siapa ni? Entah takder pengenalan diri... Maka mati katak lah mat rempit tuh.
Tapi awatnyer kecik sangat? Aku ingat kalau bagi kucin pon dia gelak. Huh buat terselit celah gigi jer. Hikayat ikan tu aku pon tak tahu. Apa dibuat dek biras aku ngan ikan tu pon tak tahulah aku..
No comments:
Post a Comment