Wednesday, December 2, 2009

GP Joran Kampung Style...

Raya Haji yang lepas kita orang semua balik ke kampung di Bagan Datoh. Balik hari Khamis malam..... jem giler. Aku ingat kalau balik naiki unta pun ana rasa ana sampai dulu lah...

Hari Sabtu ada majlis pertunangan sepupu ibu anak aku. Macam biasa, aku bawa kamera sebab dengan adanya kamera, aku buleh amik gambar awek-awek yang cun kalau ada....heeee. Hari Ahad tu takda aktiviti, cuma dok tengok anak2 aku ngan sepupu sepapat dan pak-pak sedaranya memancing kat parit depan rumah. Fuhh semangat masing2... Aku?, sorry ler sebab aku bukan minat sangat nak pancing. Ikan banyak tapi aku tengok diaorang ni sekor pon susah nak tangkap. Biras aku yang semi-pro pon tak dapat sekor pon... muahahahaha..

Apa-apa pon aku masukkan jerlah beberapa keping gambar diaorang ni. Gambar tak edit pon, cuma crop jer. Asalkan sedap mata memandang sudaaaaa.....

Ridhuan pancing

Ridhuan Pancing 1

Pakai Joran buluh pon ok apa... bersabarlah nak.....

Rafique

Rafique ni sepupu anak aku. Dia lah yang tukang supply cacinnn...

Kail
Kat bawah ni biras aku yang semi-pro tu... layan bang.. tapi mana hasilnya?..

Ridhuan Pancing 2




Bebudak pompuan kat bawah ni bukannya memancing tapi dok main air kat kolah opah dia....

Syaza pancing 1

No comments:

Blog Widget by LinkWithin