Wednesday, December 23, 2009

Pertandingan Istana Pasir...

Huh... selagi tak abis semua gambar yang aku amik masa kat PD dulu, makanya takkan abislah cerita pasal PD ni.... PD..PD..PD..PD oh.... PD.. Selain dari aktiviti mencuci mata di tepi pantai, bebudak juga telah kami paksa untuk membuat aktiviti tertentu. Memandangkan bebudak ni suka sangat nak men pasir maka Kak Yong telah mengumumkan bahawa satu acara pertandingan membina istana pasir akan diadakan... Bergegaslah anak-anak segera mencari tempat masing-masing dan cuba menunjukkan kebijaksanaan yang tak seberapa tu. Berbekalkan beberapa peralatan yang dijumpai dan terpakai di tepi pantai maka acara telah dimulakan.


Kalau tgk gambar kat bawah ni, takderpon istana yang menarik.... hehehe.. aku lupa nak amik masa istana semua tu dah siap.. Apa-apapon meh aku nak kongsi gambar saat-saat pembikinan istana. Woit!!! ingat! jangan ada rasuah ehhh, nanti istana boleh runtuh!

Istana 1a


Istana 5


Istana 2


Istana 3


Istana 4


Istana 7


Istana 6

Huh.. akibat amalan rasuah yang telah berleluasa makanya anak aku telah tidak menang walaupun telah dibantu oleh Pak Usunya. Seb baik semua semuanya sekali dapat hadiah. Nak tahu hadiahnya apa?.... Ko tengok gambar kat bawah nih..

Istana 8


Istana 9

Oleh kerana pertandingan telah disertai oleh wakil-wakil keluarga makanya adalah tidak adil sekiranya ia diadili oleh kami semua.... Oleh itu, dengan sebulat bola ping pong, kami telah melantik Bapak Mertua ku sebagai Hakim Besar Malaya... muahaha...

Istana 10

Bapak Mertua aku juga telah berbesar hati mensponsor Piala Pusingan kepada pemenang dengan syarat, piala tu kena tinggal kat pantai dan jangan dibawak balik.... Heee aku pon takut nak bawak balik. Mana bapak aku tu jumpa entah ler.... Korang ingat apa ke benda ni?....

Istana 11

No comments:

Blog Widget by LinkWithin