Tuesday, December 22, 2009

Bilalah nak berakhir nih...?

Minggu lepas, kami sekeluarga telah gi outing ngan famili termasuklah kakak ipar, adik ipar, abang ipar, bapak mertua, mak mertua, anak sedara pon ikut sekali. Cuma yang tak ikut hanyalah awek sedara jer.....heee. Asalnya aku nak ajak diaorang gi Hawaii.. alaa, bukannya mahal pon. Apa guna ada duit kalau asik nak simpan jer. Huh! Bongkak sungguh perasaan ku ketika ini. Namun apakan daya, disebabkan bini aku mengandung dan tak bleh naik kapal terbang, makanya kitaorang gi Port Dickson jer lah. Ok apa!? Kawan-kawan aku yang tak pernah gi Hawaii komen kat pesbuk aku, dia kata PD tu kalau ikut pengalaman dia sama jer ngan Hawaii.... heee.

Birthday Disember 1

Taknak cerita lebih sebab karang takde idea plak nak cerita dalam posting lain pasal PD ni. Dipendekkan cerita, selepas aktiviti kami hari Jemaat hari tu, makanya keluarlah sebijik kek hitam gelap. Rupanya kek besday sempena besday beberapa orang ahli keluarga dalam bulan Disember nih.

Birthday Disember 2

Konpius plak aku pasal ada nama Syaza kat bawah sekali tu. Setahu akulah sewaktu aku menjadi bidan budak yang bernama Syaza tu dulu, masa tu bulan Januari..hujung bulan lagi. Tak kisah lah.. letaklah nama sapa pon, janji boleh penuh nama kat kek tu.

Birthday Disember 3

Apa-apa pon, kek tu memang sedap..! Sedap giler! Kalau giler sekalipon takkan rasa sesedap tu. Tak tahu aku apa dia bubuh kat dalam kek tu. Dah lama aku tak rasa kek coklat sesedap tu. Bini aku beli ngan kawan dia kat opis.Berapa harga? Ntah... mana aku tauuu!!

2 comments:

::Kak Sambal:: said...

ewahh...ada ati nak pasang satu lagi yer...dahler tak abis melakukan 'buatan orang'....alamak! terlebih sudah!heheheh

Khalsyaza said...

hehehe.. orang kata apa-apa perbuatan perlu dimulakan dengan niat dulu...

Blog Widget by LinkWithin